Tuesday, 3 July 2012

Biskut Spa Q - Most Wanted!


Most Wanted ! Please Visit Our Fan Page Here For More informations.. Tq. Untuk Order, sila hadir terus ke Perusahaan Zainab Jaya seperti di Page MAP di atas. Terima Kasih
Continue reading...

Tart Dan Bangkit Katalog 2012!


Continue reading...

Tasty Tart Katalog 2012!



Continue reading...

Saturday, 16 June 2012

Maps



Continue reading...

Friday, 15 June 2012

Traditional Katalog 2012!




Continue reading...

All Time Favourite Katalog 2012!












Continue reading...

Everlicious Katalog 2012!








Continue reading...

Smally Cute Katalog 2012!






Continue reading...

VIP Series 2012!






Continue reading...

Monday, 27 February 2012

Kek Durian



Kek Durian
Kod : KD01
Continue reading...

Hantaran, Hamper & Goodish Bag


Selain dari membuat pelbagai aneka kuih,kerepek juga kek, Perusahaan Zainab Jaya juga membuat tempahan  goodish bag dan hantaran menggunakan 100% bahan-bahan yang dipasarkan di PZJ. PZJ menggunakan khidmat (home made cookies) juga gubahan tangan yang tersendiri dari staff yang berpengalaman. Salah satu Hamper yang telah PZJ siapkan adalah untuk Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib Bin Tun Razak Dan Isteri sewaktu beliau melawat Johor pada setahun yang lepas.


Untuk Datuk Sri Najib Tun Razak


Untuk Datin Sri Rosmah Mansur

Continue reading...

Kerepek Power



Kerepek Pisang Tanduk
5 Kg
RM80 (tidak termasuk postage)
Hot Item! 
Continue reading...

Original Tart Nanas



Original Tart Nenas
Kod : TN01
p/s : tart ini sangat popular dikalangan pembeli dari Singapore.
Continue reading...

Kek Coklat


Kek Coklat
Kod : KC01
Berat : 700-800grm

Continue reading...

Maps


Continue reading...

Muffin Dan Cake


Masam Manis Cake
Kod : K01
BlueBerry Cake
Kod : K02
Prune Cake 
Kod : K03


Continue reading...

Sunday, 26 February 2012

Sejarah Penubuhan Perusahaan Zainab Jaya


SEJARAH PENUBUHAN PERUSAHAAN ZAINAB JAYA

Menyedari perniagaan memberi pulangan yang akan memberi manfaat bagi kehidupan seharian, maka, Pn hjh Zainab mula berjinak-jinak dalam aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Bermula dengan percubaan menjual ais krim Malaysia dengan pendapatan pertama RM 1.20 (sehari) pada tahun 1987. Pada sebelah pagi pula, Pn hjh Zainab akan menjual sayur-sayuran dari rumah ke rumah di sekitar Kem P.G.A Simpang Renggam. Setiap tiga hari dalam seminggu, beliau akan membuat kuih basah untuk dijual. Beliau meneruskan perniagaan pada sebelah petang dengan menjual baju kanak-kanak dari rumah ke rumah. Beliau juga kerap menjaja kain ela di pasar malam sekitar daerah Kluang.  Selain itu, beliau mengedarkan telur ayam ke kedai-kedai runcit dan kedai makan. Selain menjalankan perniagaan jualan, Pn hjh Zainab dan suami, hj shahak telah mengambil inisiatif lain dengan mengambil upah menyabit padi di Ulu Benut, Simpang Renggam terutama pada hari sabtu dan ahad bagi menambah pendapatan keluarga.
Pada tahun 1993,Pn hjh Zainab telah mengorak langkah dengan membuka Kedai Kain Zainab di Simpang Renggam berbekalkan modal simpanannya setelah berbincang dengan suami beliau yang pada ketika itu sedang berkhidmat dalam pasukan Polis Di raja Malaysia(PDRM). Kedai kain beliau turut mengambil tempahan menjahit baju uniform badan-badan kerajaan dan pasukan kadet sekolah serta peralatan haji dan umrah. Dalam masa yang sama, beliau mengambil peluang dengan membuka gerai di bazaar Ramadhan (ketika bulan puasa) dengan menjual pelbagai jenis kuih raya dan makanan ringan. Di situlah beliau mendapat banyak peluang membekalkan biskut dan aneka makanan ringan kepada jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Di samping membuat pelbagai aneka biskut beliau juga turut memasarkan produk rakan-rakan beliau di bazaar tersebut. Demi menambah jaringan pemasaran, beliau juga telah berjaya mencari ramai pengedar(agent) biskut raya dengan menawarkan harga borong kepada pengedar yang berminat. Bermula detik itu, pn hjh Zainab tidak dapat menafikan peluang perniagaan dalam mebekalkan produk makanan begitu memberi impak yang besar dan mempunyai graf yang tinggi meskipun dalam krisis ekonomi global. Sesungguhnya, industri kecil sederhana mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2003, Pn. Hjh Zainab terus memperluaskan perniagaannya membuka Zainab Frozen Food di Kedai Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), Simpang Renggam. Beliau telah membekalkan makanan sejuk beku (frozen food) ke kantin-kantin sekolah dan kedai-kedai berdekatan. Produk terawal sejuk beku yang di hasilkan adalah karipap, pau, pizza, kasturi, cucur badak, keria dan lain-lain lagi. Berbekalkan keyakinan pada produk makanan, beliau tidak berputus asa memperjuangkan air tangan beliau dan turut mendapat tunjuk ajar, nasihat, kursus, latihan dan ilmu daripada agensi kerajaan yang terlibat terutama Jabatan Pertanian. Seterusnya, beliau juga telah menjadi usahawan di bawah TEKUN NASIONAL dengan memberi pinjaman sebanyak rm 5,000.00 sebagai permulaan perniagaan. Dengan jambatan yang sedia ada beliau juga medapatkan khidmat nasihat daripada FAMA,LPP,KEMAS,MARDI,LPNM, dan banyak lagi agensi yang sudi membantu beliau meneruskan semangat dalam industri perusahaan kecal dan sederhana ini.
Akhirnya, Perusahaan Zainab Jaya telah ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang diluluskan oleh Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan usahasama Majlis daerah Simpang Renggam(MDSR). Maka dengan penubuhan Perusahaan Zainab Jaya membuktikan bahawa Pn Hjh Zainab benar-benar serius dalam menjalankan perniagaan produk makanan. Perusahaan ini bertindak sebagai pusat pengumpulan produk-produk makanan dari pengedar-pengedar untuk disalurkan terus kepada pengguna. Selain itu, Perusahaan Zainab Jaya telah menjadi destinasi bas-bas persiaran yang kebanyakannya membawa pelancong-pelancong dari Singapura. Pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga telah memberi kepercayaan kepada Perusahaan Zainab Jaya untuk memberi latihan praktikal kepada pelajar-pelajar mereka. Agensi-agensi kerajaan dan swasta juga sering membuat lawatan untuk melihat sendiri Perusahaan Zainab Jaya secara dekat. Potensi perniagaan begitu memberangsangkan di kawasan IKS dan kewujudan Pasar Tani setiap hari jumaat juga menambahkan lagi tumpuan orang ramai tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong singapura.
Setelah perniagaan IKS (industri makanan) memberi potensi cemerlang dan memberangsangkan maka Perusahaan Zainab Jaya mengambil keputusan untuk melepaskan(menjual) Zainab Frozen Food dan Kedai Kain Zainab. Juga pada tahun 2005 bermula episod terindah apabila Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj (pada ketika itu Tunku mahkota Johor) merasmikan IKS simpang Renggam bersempena Kembara Mahkota Johor. Perniagaan menjadi terkenal dan meniti dari bibir ke bibir. Tidak hanya mengaharapkan rezeki datang bergolek, justeru Perusahaan Zainab Jaya telah berhubung dengan persatuan Pelancongan Malaysia dan Singapura (TOURISM MALAYSIA) bagi menambah jaringan pemasaran.
Pada 1 September 2006, suami beliau Hj shahak telah bersara secara pilihan demi menumpukn sepenuh perhatian dalam bidang perniagaan tersebut. Hj shahak bertindak sebagai pengurus syarikat dan telah banyak menguruskan perusahaan tersebut secara langsung dan tidak langsung. Beliau juga sentiasa mencari peluang dan idea-idea baru demi memastikan tahap kualiti dan produk di peringkat terbaik. Melihat pada kesungguhan Pn. Hjh Zainab dan Tn. Hj shahak melestarikan pertaniaan adalah perniagaan, maka, Fama telah melantik Perusahaan Zainab Jaya sebagai salah satu K-Shoppe di Negeri Johor. Fama juga telah memberi banyak peruntukan pada K-shoppe Agrobazaar beliau.
Tahun 2007, detik bermakna bagi perniagaan beliau apabila Perusahaan Zainab Jaya telah di nobatkan sebagai K-shoppe terbaik dan menerima anugerah pemasar cemerlang yang di sampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perusahaan zainab Jaya juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai ekspo, karnival jualan, dan pertandingan-pertandingan produk di pelbagai peringkat. Hasil bantuan, bimbingan dan nasihat dari pelbagai agensi kerajaan yang terlibat maka Perusahaan Zainab Jaya kini amat di kenali oleh pelancong dari negara jiran iaitu Singapura. Begitu sinonim dengan jolokan gedung citarasa tradisional maka, warga singapura yang berbelanja di perusahaan Zainab Jaya begitu gemarkan produk hasil kampung yang lebih segar dan berkualiti serta ramuan terpilih.
Kekuatan Perusahaan Zainab Jaya adalah terletak kepada lokasinya yang berhampiran dengan Plaza Tol Simpang Renggam. Susur keluar Plaza tol PLUS yang begitu mudah di cari iaitu atau 200meter sahaja dari Plaza Tol. Di tambah pula kedudukan lot tepi(corner lot) dan nombor 1 di kawasan iks memberi peluang dan ruang untuk perusahaan zainab jaya melebarkan sayap pasaran. Di samping mengamalkan konsep keluarga, Perusahaan Zainab Jaya juga begitu menghargai setiap pelanggan yang datang seperti di ibaratkan bak keluarga sendiri.
Kini selepas 7 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan, Pn Hjh Zainab dan Tn. Hj shahak bagaikan telah membuat keputusan yang tepat. Seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berkomitmen maka Perusahaan Zainab Jaya sekali lagi menjadi teraju pertama apabila memasarkan lebih 400 produk usahawan kampung yang telah di nilai tahap kualiti nya dengan mendekati lebih 200 pengusaha di sekitar negeri johor. Hal ini turut di sokong oleh badan-badan kerajaan yang mahu mewujudkan 1 desa, 1 industri di bawah paksi 1 Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran Perusahaan Zainab jaya juga akan membuka cawangan di Kota Iskandar, Nusajaya, johor Bahru dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan agensi pelancongan Malaysia pada pertengahan tahun ini. Segala susun atur kedai dan persiapan sedang galak di lakukan berikutan wilayah iskandar adalah 1 jajahan Negeri Johor Darul Takzim di mana segala urusan pentadbiran kerajaan negeri telah berpusat di Bandar terancang tersebut.

Kesimpulannya, usahawan adalah seorang insan yang berkebolehan untuk melihat, mengenal, merebut dan mewujudkan peluang-peluang perniagaan bagi mendapatkan keuntungan serta sedia menempuh risiko tertentu berbekalkan semangat yang tinggi dan tidak mengenal erti putus asa. Asalkan rajin berusaha, pasti ada kejayaan menjelma.

    





Continue reading...
 

Biskut Raya Butter Tulen Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice